Menu Melayang

ADAKAH GASTRIK BOLEH MENYERANG SESIAPA SAHAJA?

YA! Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja. Dan secara tiba-tiba. 



Mungkin anda sendiri tidak sedar pernah terkena gastrik.  

Tanda-tandanya, perut anda rasa panas dan pedih. Rasa sebu.  

Kerap sendawa tapi perut masih juga berangin. Rasa kenyang walhal belum pun makan.  Kerongkong pula rasa masam dan pahit. Kadang-kadang, anda loya dan pening kepala. 

Gastrik ialah sakit perut yang berbeza daripada sembelit dan cirit-birit. Ia tidak boleh dirawat  dengan ubat tahan sakit dan boleh berlarutan sehingga seminggu lamanya. 

Untuk faham bagaimana seseorang boleh terkena gastrik, anda perlu faham dahulu  bagaimana proses penghadaman berlaku. 

Secara asasnya, perut kita menghasilkan asid (gastrik juice) untuk mencerna makanan.  Namun, ada beberapa keadaan yang membuatkan asid ini menghakis dinding perut dan  buatkan ia meradang (inflammed).  

Keadaan yang pertama, perut anda kosong dan asid tidak ada makanan untuk dicerna. Jadi,  asid berhubung terus dengan dinding perut dan mula menghakis. 

Keadaan yang kedua, perut ada makanan tetapi asid dalam perut pula berlebihan. Apabila  asid berlebihan, logiknya lapisan perlindungan perut akan mudah terhakis. Lalu, dinding  perut terdedah kepada bahaya asid. 

Kita boleh elakkan gastrik dengan tidak membiarkan perut kosong.  

Selain itu, kita boleh kawal tahap keasidan perut. Caranya, elak makan makanan yang  menggalakkan perut hasilkan asid secara berlebihan. Berikut ialah makanan yang perlu anda  kawal pengambilannya: 

1. Sayur dan buah-buahan yang berangin. 

Makanan ini boleh buatkan perut anda berangin dan kembung. Contohnya makanan jenis  kekacang, petai, jering dan kerdas. 

2. Minuman Bergas 

Minuman jenis ini akan hasilkan gas yang banyak dalam perut. Anda mudah untuk berasa  penuh, lalu buatkan anda tidak mahu makan.

3. Makanan Pedas dan Masam 

Makanan pedas dan masam seperti asam pedas memang membuka selera. Namun, hati-hati  kerana ia buatkan perut hasilkan asid secara berlebihan. Kawal pengambilan makanan jenis  ini bagi mengelakkan perut meradang. 

Jadi, makanan apa sahaja yang elok dimakan? 

Ambillah makanan yang bernutrisi tinggi untuk kesihatan perut. 

Contohnya makanan yang tinggi probiotik. Probiotik ialah bakteria baik yang dapat  membantu proses penghadaman berlaku dengan lebih efektif. Biasanya terdapat dalam  makanan yang ditapai seperti tempe, yogurt dan kimchi. 

Selain probiotik, amalkan juga makanan tinggi antioksida seperti spirulina dan buah beri. Ia  berperanan memperbaharui sel dengan lebih cepat.  

Jika sel dinding perut yang rosak akibat dihakis asid lambat diganti, perut akan semakin  lemah. Dan inilah yang menyebabkan anda sangat mudah terkena gastrik.  

Sekarang, lebih mudah untuk anda ambil prebiotik dan probiotik dalam diet seharian.  

Kami, doktor dari Klinik Primer Cherang telah berjaya menghasilkan Primer Alpha. Ia ialah  minuman kesihatan yang merangkumi bahan-bahan baik untuk perut. Antara bahan utama  dalam Primer Alpha termasuklah spirulina, buah-buahan beri, yogurt, probiotik, prebiotik,  madu dan juga fiber.  

Primer Alpha dihasilkan dengan harapan dapat membantu orang ramai menjaga kesihatan  perut dengan lebih mudah. Cukup ambil Primer Alpha setiap hari bagi menguatkan dinding  perut seterusnya mengelakkan diri dari terkena gastrik dan penyakit berkaitan perut yang lain. 

DR RAHIMIE SAYUTI 

KLINIK PRIMER CHERANG


Blog Post

Related Post

Back to Top

Cari Artikel