Menu Melayang

BAHAYA TIDAK SARAPAN PAGI BOLEH MENYEBABKAN GASTRIK!


Hidup sering kali boleh menjadi sangat sibuk. Tidak kiralah anda seorang ibu sepenuh masa  ataupun pekerja di pejabat. Terdapat begitu banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hari.  Kadang-kala, sampai tidak ada masa untuk makan! 

Apabila anda tidak menjaga makan, besar kemungkinan, anda boleh terkena gastrik. 

Perut senak dan pedih. Dada rasa penuh dan berangin. Kerongkong pula rasa masam dan  pahit. Loya. Kepala sedikit pening. Sendawa kerap, tetapi badan masih rasa tidak selesa. Semua ini petanda anda diserang gastrik. 

Ia terjadi akibat dinding perut sudah mula terhakis oleh asid (gastric juice). Tugas asid dalam  perut ialah untuk menghadam makanan. Tetapi keadaan perut anda yang kosong akibat tidak  sempat makan, membuatkan asid tidak ada bahan untuk dicerna.  

Akibatnya, asid menghakis dinding perut sehingga ia merah dan meradang. Sebab itulah  perut rasa pedih.

Kebanyakan daripada kita biasanya tidak mengambil sarapan kerana tidak sempat. Masa  terlalu singkat. Berkejar untuk hantar anak ke sekolah dan juga masuk pejabat tepat pada  masanya. Kita mungkin tidak terasa lapar. Tetapi tabiat ini lama-kelamaan akan membuatkan  dinding perut melemah dan sangat mudah terkena gastrik. Jadi, mulakanlah hari dengan  bersarapan.

Antara sarapan sihat yang disyorkan ialah roti tinggi fiber atau oat yang tinggi prebiotik.  Elakkan mengambil makanan tinggi gula seperti bijirin sarapan yang banyak ada di pasaran.  Ia bukan sahaja tidak mengenyangkan. Malah, boleh mengundang pelbagai masalah lain  seperti diabetes. Seeloknya, ambillah pemanis semula jadi seperti madu. Ia cukup terkenal  dapat membantu melancarkan proses penghadaman.

Sekarang, ada alternatif yang lebih ringkas dan mudah diambil. Amalkan Primer Alpha. Ia  ialah minuman kesihatan dalam bentuk serbuk yang dihasilkan oleh dua orang doktor dari  Klinik Primer Cherang.

Primer Alpha terdiri daripada fiber, prebiotik, probiotik, madu, beri campur, spirulina dan  yogurt. Mulai hari ini, cuba amalkan Primer Alpha setiap pagi sebagai pengalas perut yang  mengenyangkan dan bernutrisi tinggi.

Ingat... perut yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat.


DR RAHIMIE SAYUTI 

KLINIK PRIMER CHERANG 

Blog Post

Related Post

Back to Top

Cari Artikel